Kehidupan awal Stanislav Petrov

Petrov dilahirkan pada 7 September 1939 berhampiran Vladivostok. Ayahnya, Yevgraf, menerbangkan pesawat tempur semasa Perang Dunia II.[7] Ibunya ialah seorang jururawat.[7]

Petrov mendaftar di Kolej Radio-Teknikal Kejuruteraan Tinggi Kiev Tentera Udara Soviet, dan setelah lulus pada 1972 beliau menyertai Angkatan Pertahanan Udara Soviet.[8] Pada awal tahun 1970-an, beliau ditugaskan untuk pertubuhan yang mengawasi sistem peringatan awal yang baru yang bertujuan untuk mengesan serangan peluru berpandu balistik dari negara-negara NATO.[7][9]

Petrov telah berkahwin dengan Raisa, dan mempunyai seorang putra, Dmitri, dan seorang anak perempuannya, Yelena. Isterinya meninggal kerana barah pada tahun 1997.[7]

Rujukan

WikiPedia: Stanislav Petrov http://www.imdb.com/title/tt2277106/ http://www.worldcitizens.org/petrov2.html http://metro.co.uk/2017/09/18/stanislav-petrov-the... https://www.brightstarsound.com https://www.brightstarsound.com/world_hero/weekend... https://www.nytimes.com/2017/09/18/world/europe/st... https://www.rt.com/document/59be6fbbfc7e9399638b45... https://www.wired.com/science/discoveries/news/200... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb17038953r https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb17038953r